Wednesday, 28 September 2011

"Baju Melayu Teluk Belanga"

"Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’."

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_tradisional_Melayu#Baju_Teluk_Belanga

"Baju Melayu yang mempunyai pola sama seperti Baju Melayu Cekak Musang cuma perbezaan pada potongan leher baju yang tidak berkolar; akan tetapi mempunyai jahitan sulaman seperti sulaman tulang belut. Pada baju Melayu Cekak Musang terdapat 3 poket; manakala baju Melayu Teluk Belanga mempunyai 2 poket di bahagian bawah baju sahaja. Berlainan dengan baju Cekak Musang, pemakain samping untuk baju Melayu Teluk Belanga sesuai dikenakan di bahagian dalam baju."

"Tengkolok / Tanjak"

Tengkolok, juga dikenali sebagai destar, setanjak/tanjak, bulang hulu dan setangan kepala, merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.

NAMA
Mengikut Kamus Dewan (edisi ke-4), istilah "tengkolok", "destar", dan "setanjak"/"tanjak" adalah bersinonim; selain yang diterangkan di atas, perkataan "tengkolok" juga merujuk kepada "kain penutup kepala atau selubung (daripada sutera dll) yang dipakai oleh wanita", pengertian tengkolok sebagai alas kepala wanita jarang digunakan hari ini.

Akan tetapi, sesetengah pihak mengatakan bahawa tengkolok, destar, dan tanjak adalah berbeza dari segi jenis kain dan/atau ikatan walaupun sama kegunaannya, yang mana tengkolok merupakan alas kepala buatan kain bermutu yang lilitannya berlapis (tebal) dan meruncing ke atas; "destar" pula lilitannya rendah dan nipis berbanding tengkolok; "tanjak" pula lilitannya seperti tengkolok, tetapi kainnya lebih ringkas dan nipis.

SEJARAH
Adalah diterima bahawa tengkolok dicipta seawal-awalnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebelum zaman itu, sudah menjadi kewajipan rakyat jelata untuk menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan kemas apabila apabila menghadap raja. Masyarakat Melayu Melaka mendapat ikhtiar untuk menggunakan kain panjang berbentuk segi empat untuk dilipat-lipat dan diikat menjadi sejenis alas kepala yang kemas untuk dipakai dalam urusan rasmi. Ikatan kain ini lama-kelamaan makin lama makin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf pemakainya.

SOLEK
Tengkolok boleh dibuat dalam pelbagai jenis bentuk dengan jenis dan corak kain yang berbeza, mengikut taraf sosial pemakainya. Nama am bagi bentuk tengkolok yang berbeza-beza itu ialah "solek". Setiap solek tengkolok yang berbeza ini turut diberikan nama khas, misalnya: tengkolok yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong dalam majlis istiadat pertabalan sejak negara zaman kemerdekaan, dikenali sebagai "Solek Dendam Tak Sudah".

Setiap Raja Melayu masing-masing memakai solek tengkolok yang khusus. Misalnya, Sultan Selangor memakai "Solek Balung Raja" berwarna serba kuning emas ketika menghadiri majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.

"Kain Sampin / Samping"

"Sejenis kain sarung pendek yg dipakai di luar seluar (pada pakaian Melayu) dan biasanya dari pinggang hingga ke paras lutut sahaja. Terdiri daripada pelbagai material (kebiasaanya songket), warna dan corak tradisional.

Kain samping dipakai di luar baju Melayu Teluk Belanga (Kain Dagang Luar); manakala kain samping yg dipakai di bawah baju Melayu Teluk Belanga (Kain Dagang Dalam)."

"Songkok" (English)

"A peci, songkok, or kopiah is a cap widely worn in Indonesia, Brunei, Malaysia, Singapore, the southern Philippines and southern Thailand, mostly among Muslim males. It has the shape of a truncated cone, almost always made of black or embroidered felt, cotton or velvet. It is ordinarily worn with the traditional outfit for men. It is also worn by male in formal situations such as wedding feasts, funerals or festive occasions such as the Muslim Eid ul-Fitr and Eid al-Adha and came to be associated with Islam in Malaysia.

The songkok may be a form of taqiyah or Muslim cap. According to one Brunei newspaper account, the songkok became a norm in Maritime Southeast Asia around the 13th century with the coming of Islam in the region.Alternatively, it may be related to the fez, which was adopted by the Ottomans in 1830. In Malay literature, the word "songkok" is mentioned in Syair Siti Zubaidah (1840).

The Malay Regiment have been using the songkok as part of their uniform since under British rule.

In Malaysia and Indonesia, the songkok has become the national headdress with secular nationalist connotations made popular by Sukarno. In Indonesia it is not known as songkok, but as peci. In Malaysia, traditional Malaysian men's attire consists of a songkok, shirt, matching pants, and waist wrap that is called a baju melayu. In a Dewan Undangan Negeri or in Dewan Rakyat, a member is required to wear the songkok in order to comply with the dress code of the assembly.

On 19 June 2008, DAP assemblyman Gwee Tong Hiang was thrown out of the Johor assembly hall for not complying with the dress protocol to wear official attire, including a songkok."

"Songkok"

"Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelangkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular dikalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu. Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci.

Dalam kesusteraan Melayu, songkok telah disebut dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina (1840) "...berbaju putih bersongkok merah....".

Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi yang dipopularkan oleh Sukarno. Songkok dipakai oleh rakyat Indonesia bagi majlis-majlis rasmi seperti upacara perkahwinan atau cuti-cuti keagamaan seperti cuti hari Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Bagi kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara keagaamaan dan sewaktu menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.

Songkok juga dipakai oleh tentera dan polis Malaysia dan Brunei pada upacara-upacara tertentu.

Pada 19 Jun 2008, anggota dewan DAP Gwee Tong Hiang disingkirkan dari dewan majlis Johor kerana tidak mematuhi kod pakaian pakaian rasmi dan songkok."

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Songkok